DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
PENSYARAH : HAYATI BINTI TALIB
NAMA PELAJAR NO MATRIK
- NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL FATAH 02DMH17F1007
- NUR DIANA AKMAR BINTI ZAINUDDIN 02DMH17F1021
- NUR RABIAH ASYIKIN BINTI HAMIDI 02DMH17F1028
- NUR RAFIQAH BINTI AZMI 02DMH17F1035
- NOR ATIKAH BINTI J.SHAM 02DMH17F1036
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya [al-Maidah/5:2]
Ini bermaksud Islam amat mementingkan sifat tolong-menolong bagi mengekalkan silaturrahim dalam masyarakat.
Tolong-menolong amalan mulia
PENGENALAN
Pada masa kini sifat tolong-menolong dalam kalangan masyarakat semakin pudar. Kebanyakan masyarakat kurang tolong-menolong antara satu sama lain dan ini akan menjadikan satu asbab perpecahan kaum. Kepentingan tolong-menolong adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kaum. Silaturrahim amat penting dijaga oleh setiap masyarakat bagi menjaga keamanan negara. Negara yang aman menjadikan kehidupan masyarakat lebih teratur dan sejahtera dan sebarang pertelingkahan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antaranya dengan bergotong-royong.
Gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
KEMASLAHATAN GOTONG-ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persafahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkak, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah melayu, 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi mudah dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubat kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong royong, kesan gotong royong kepada masyarakat cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat pembangunan insan.
Gotong royong dapat menumbuhkan sikap tolong menolong,saling membantu, sukarela dan juga kekeluargaan. Dengan gotong royong masyarakat dapat membina hubungan sosial yang baik dengan masyarakat sekitar. Gotong royong juga dapat menciptakan rasa kebersamaan dan kasih sayang antara satu sama lain. Bergotong royong dapat mencipta rasa persatuan dan kesatuan dalam lingkungan masyarakat.
Gotong-royong bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahin dalam masyarakat malah dengan gotong-royong dapat menjadikan individu tersebut lebih sihat kerana aktiviti gotong-royong dapat mengeluarkan peluh. Bagaimanapun amalan gotong-royong kian tandus fungsinya dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini lebih individualistik dan tidak peduli akan kawasan sekeliling. Hal ini boleh menyebabkan ikatan silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan keluarga semakin terhapus. Silaturrahim yang selama ini dipupuk semakin terhakis akibat peredaran masa dan arus teknologi yang semakin maju. Masyarakat kini lebih selesa bersendirian daripada bergaul bersama masyarakat sekeliling. Ini disebabakan arus teknologi yang semakin canggih menjadikan mereka lupa erti bekerjasama dan bersatu padu. Mereka terlalu asyik dengan gajet sehingga menyebabkan semangat kejiranan luntur. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya terdapat individu yang tidak mengenali nama jiran sendiri.
Selain itu,negara juga bakal menanggung akibatnya sekiranya aktiviti gotong-royong semakin dilupakan. Negara tidak lagi menjadi sebuah negara yang aman akibat daripada masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Keadaan negara yang kurang bersih dan tidak teratur boleh menjatuhkan imej negara di peringkat antarabangsa. Masyarakat negara kita akan dipandang rendah oleh masyarakat negara lain akibat keadaan negara yang tidak terurus kerana amalan gotong-royong semakin dilupakan.
Akhir sekali, sudah terang, lagi bersuluh bahawa amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat kerana sewaktu bergotong-royong, sifat tolong-menolong pasti wujud. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bekerjasama dalam menyiapkan tugas yang diagihkan semasa gotong-royong dijalankan. Amalan gotong-royong ini juagalah yang membolehkan individu tersebut mempunyai ramai kenalan.
Imej negara juga dapat dijaga daripada negara luar. Negara akan menjadi contoh teladan yang baik kepada negara lain kerana sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum mampu berdiri tegak dan bersatu padu dalam satu naungan yang sama. Oleh itu, Malaysia akan bangkit dan terus maju dengan mengikut peredaran masa dan arus permodenan.
Kesimpulannya, amalan gotong-royong ini mempunyai kebaikan dan kebrukan yang sangat jelas dan mampu memberi kesan kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Amalan gotong-royong ini perlu diamalkan dan dipratikkan oleh anak muda kini. Anak muda kini lebih suka menghabiskan masa bersama gajet dan kawan-kawan dengan perkara tidak berfaedah. Oleh itu, sebelum luka menjadi nanah lebih baik tindakan sewajarnya diambil. Semua pihak perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkasakan amalan gotong-royong dalam mengeratkan hubungan silaturrahim masayarakat di Malaysia.
RUJUKAN
- http://drghazali.blogspot.my/2010/11/karangan-semangat-gotong-royong.html
- http://amalangotongroyongkpi2018.blogspot.com/2018/03/gotong-royong-dapat-mewujudkan-hubungan.html?m=1
- https://www.academia.edu/24447387/Kebaikan_Amalan_Gotong-Royong
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/337157/gotong-royong-asas-kesejahteraan-rakyat-pm
- https://www.beritaharian.sg/setempat/gotong-royong-jadi-simbol-perpaduan-penduduk-pasir-panjang
No comments:
Post a Comment